Jangan Jadi Macam Pakcik

jangan jadi macam pakcik

Ada satu hari tu aku pi solat kat Petronas. Lewat sikit aku sembahyang asar hari tu. Astaghfirullahala’zim.

Dalam surau tu ada sorang pak cik tengah solat. Aku pun jadikan dia imam. Aku takbir kuat sikit. Tapi mungkin dia tak perasan kot, dia baca perlahan je, macam solat sorang-sorang. Tapi aku tetap follow dia.

Oleh sebab dia solat depan aku, habis je dia bagi salam, aku tengok dia solat lagi.

Habis je aku solat, aku tengok dia masih solat lagi. Ah, dah berapa rakaat dah dia ni sembahyang.

Sementara tunggu masuk waktu Maghrib, aku rilek jap main henset. Aku tengok pak cik tadi masih solat tak habis-habis lagi.

Bila masuk waktu maghrib, dia senyum kat aku. Aku pun balas senyuman. Muka dia putih bersih. Mungkin dia perasan aku tengok dia solat, dia tiba-tiba cakap kat aku ‘jangan jadi macam pak cik dik, masa pak cik muda-muda dulu pak cik selalu tinggal solat. Sekarang ni pak cik cuba ganti solat mana yang pak cik teringat. Harap-harap Allah ampunkan dosa pak cik. Dah tua-tua ni risau betul tiba-tiba Allah tarik nyawa pak cik.. Risau pak cik kalau-kalau Allah letak pak cik dalam neraka sebab dosa pak cik..’

Allah, Allah. Rasa nak menitis air mata aku.

Solat maghrib, dia suruh aku jadi imam. Habis solat dia bisik kat aku ‘Jaga solat dik. Jangan jadi macam pak cik, jangan..’

Pesanan yang pendek tapi sangat membekas dalam hati. 😢😢

Allah kan, kalau Dia nak bagi hati kita tersentuh, cukup Dia hantar seorang pak cik entah dari mana, agar aku ingat pada Dia. Harap kau dapat Husnul Khotimah pak cik.

‘Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami..’

Amin 😢

Kredit: Muhammad Yusof

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *